![]() |
| Al-Quran |
11
Ayat Motivasi Dari Al-Quran
Nikmat
Allah SWT
Seharusnya kita ingat bahawa nikmat
Allah SWT terlalu banyak. Sekiranya kita hilang sesuatu nikmat yang Allah SWT
pinjamkan ada banyak lagi nikmat Allah SWT di alam ini.
1. “Dan
apabila kamu menghitung ni’mat Allah, nescaya kamu tidak akan dapat
menghitungnya” (Q.S. Ibrahim: 34)
Bersyukur
Sebagai manusia kita perlu bersyukur akan
nikmat yang kita kecapi selama ini dan akan datang kerana Allah SWT menjanjikan
untuk menambahkan lagi nikmatNya. Namun, jika kufur, kita akan menerima azab
yang pedih.
2. “Apabila
kamu bersyukur nescaya akan Aku tambahkan nikmat-Ku, dan apabila kamu kufur
maka adzab-Ku sangat pedih” (Q.S. Ibrahim:7)
Tidak Putus Asa
Jangan
kita mudah putus asa dalam melakukan sesuatu kebaikan kerana Allah SWT
mengizinkan kita mengubah kehidupan jika kita terus berusaha.
3. “Sesungguhnya
Allah tidak akan mengubah nasib suatu kaum hingga mereka mengubah diri mereka
sendiri”(Q.S. Ar-Ra’d:11)
Kejadian Allah SWT Tidak Sia-Sia
Sesuatu
perkara yang kita tidak suka atau tidak sanggup menanggungnya merupakan perkara
yang terbaik untuk kita kerana setiap
perkara Allah SWT tentukan adalah tidak sia-sia.
4. “Dan
boleh jadi kamu membenci sesuatu tetapi ia baik bagimu, dan boleh jadi kamu
menyukai sesuatu tetapi ia buruk bagimu, dan Allah mengetahui dan kamu tidak
mengetahui “ (Q.S. Al-Baqarah:216)
Bersama Orang Beriman
Selagi
kita berada dalam kelempok orang yang beriman, maka kita tetap mendapat
pengiktirafan yang tinggi daripada Allah SWT. Biarpun manusia memandang rendah
kepada kita.
5. “Janganlah
kamu bersikap lemah, dan janganlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah
orang-orang yang paling tinggi derajatnya, jika kamu orang-orang yang beriman.”
(Q.S. Al-Imran: 139)
Rahmat Allah SWT Sentiasa Ada
Rahmat Allah SWT sentiasa ada di setiap
masa dan di mana sahaja untuk kita. Dia
tidak suka kita berputus asa.
6.
“Dan janganlah kamu berputus asa daripada rahmat Allah. Sesungguhnya
tiada berputus asa daripada rahmat Allah melainkan orang-orang yang kufur.”
(Q.S. Yusuf: 87)
Allah SWT Tahu Kemampuan Kita
Suatu
perkara yang kita tanggung sebenarnya mengikut kemampuan kita. Allah SWT maha
mengetahui kemampuan setiap hambaNya.
7.
“Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan
kesanggupannya.” (Q.S. Al-Baqarah: 286)
Kesenangan Di sebalik Musibah
Usahlah
bimbang apabila ditimpa musibah kerana di sebalik musibah itu ada hikmah dan
mungkin nikmat yang lebih banyak bakal kita kecapi.
8. “Maka
sesungguhnya bersama kesulitan itu ada kemudahan. Sesungguhnya bersama
kesulitan itu ada kemudahan.” (Q.S. Al-Insyirah: 5-6)
Penawar Bagi Ujian
Allah SWT menyukai orang yang sabar dan
menjaga solatnya. Dua amalan ini merupakan perawat yang paling mujarab jika
kita ditimpa ujian.
9. “Wahai
orang-orang yang beriman mintalah pertolongan melalui Sabar dan Shalat,
sesungguhnya Allah bersama orang-orang yang sabar. Dan benar-benar akan Kami
uji kamu dengan sedikit ketakutan, kelaparan, dan kekurangan buah-buahan, dan
berilah kabar gembira bagi orang-orang yang sabar, (yaitu) yang apabila mereka
tertimpa musibah mereka mengatakan “Sesungguhnya kami adalah milik Allah dan
kepada-Nya kami kembali”(Q.S. Al-Baqarah: 155-156)
Taubat Segera
Jika
kita melakukan kesalahan, jangan ditunggu-tunggu lagi. Bersegeralah memohon
ampun dan bertaubat kepada Allah SWT kerana Dia Maha Pengampun.
10.
“Sesungguhnya taubat di sisi Allah hanyalah taubat bagi orang-orang yang
mengerjakan kejahatan lantaran kejahilan, yang kemudian mereka bertaubat dengan
segera, maka mereka itulah yang diterima Allah taubatnya, dan Allah Maha
Mengetahui lagi Maha Bijaksana. Dan tidaklah taubat itu diterima Allah dari
orang-orang yang mengerjakan kejahatan yang hingga apabila datang ajal
seseorang di antara mereka, barulah ia mengatakan: Sesungguhnya saya bertaubat
sekarang. Dan tidak (pula diterima taubat) orang-orang yang mati sedang mereka
dalam kekafiran. Bagi orang-orang itu telah Kami sediakan siksa yang pedih.”
(Q.S. An-Nisa: 17-18)
Takwa Adalah Penyelamat
Dalam setiap perkara atau situasi yang
kita alami hendaklah kita bertakwa kepada Allah SWT kerana ia akan menyelamatkan
kita.
11. “Barang
siapa bertakwa kepada Allah maka Dia akan menjadikan jalan keluar baginya, dan
memberinya rizki dari jalan yang tidak ia sangka, dan barang siapa yang
bertawakkal kepada Allah maka cukuplah Allah baginya, Sesungguhnya Allah melaksanakan
kehendak-Nya, Dia telah menjadikan untuk setiap sesuatu kadarnya” (Q.S.
Ath-Thalaq: 2-3)
Semoga
11 Ayat Motivasi Dari Al-Quran ini
dapat memberi kelebihan kepada kita semua.
